Ahad, April 26, 2009

Maklumat tentang Negara Brunei Darussalam

Setiap murid telah diberi tugas untuk mencari maklumat tentang negara Brunei Darussalam. Apa yang murid-murid harus lakukan ialah untuk mencatat maklumat-maklumat tersebut di dalam blog ini dengan menggunakan tidak kurang daripada 100 patah perkataan. Cikgu harap dapat membacanya secepat mungkin. Selamat mencuba.

(Each pupil is given the task to search for information regarding Brunei Darussalam. You are to write the information that you have found in this blog using not less than 100 words. We hope that we are able to read what you all have discovered as soon as possible. Happy researching!)

11 ulasan:

Blog Nur Aisyah berkata...

Kami, Aisyah serta Adilah, meminta maaf kerana telah terhapuskan ulasan yang sebelumnya.
Nama: Brunei Darussalam
Ibu Negara: Bandar Seri Begawan
Populasi: 381,371 (2008)
Ukuran: 5,770km
Kod Negeri: BN

Populasi Bangsa:Melayu: 66.3%
Cina: 11.2%
Lain Bangsa: 11.8%
Dayak, Iban, Kelabit: 6%

Bandar lain di BruneiBelait
Brunei-Muara
Temburong
Tutong

Rasanya, kami akan mengunjungi Seri Bandar Begawan kerana di situlah terdapatnya beberapa tempat yang akan kami lawati iaitu,
1)Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
2)Holiday Lodge di Jerudong
3)Bangunan Royal Regalia
4)Muzium Teknologikal Melayu
5)Sekolah Rendah Delima Satu
6)Kampung Ayer
7)Masjid Sultan Hassanal Bolkiah
8)Tamu
9)Pusat Lukisan dan Kraf Tangan
10)Sawah Padi di Wasan
11)Kilang Ambulong
12)Gadung

Itu sahajalah yang kami ada untuk berkongsi pada waktu ini. Sampai bertemu lagi. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Malay Technology Museum dibuka pada 1990, sebuah bangunan yang mempunyai bumbung berwarna merah dibina di taman yang luas di tepi Sungai Brunei di bawah Museum Brunei. Bangunan itu diderma oleh Royal Dutch Shell Group untuk tandakan kemajuan Brunei Darussalam.
Museum itu mempunyai tiga galleri menunjukkan kemajuan kraf tangan, bentuk bangunan and binaan rumah di Brunei Darussalam; memancing dan binaan perahu Kampong Ayer dan kehidupan orang Brunei Darussalam. Perencana berkhayalan telah mengguna bahan-bahan asli untuk membina “mock-ups’ rumah panjang dan bangunan tradisional lain,termasuk rumah-rumah dibina dengan pokok “palm” yang telah menguasai Kampong Ayer. Contoh lain menunjukkan buatan “blowpipes” dan proses sago. Ada pameran perangkap ikan sangat cerdas yang telah dimajukan semasa tahun tahun lepas. Teknik dan proses yang masuk ke dalam kraft terkenal Brunei Darussalam - kain songket dan "brassware" – pun dipamerkan di situ.Museum itu dibuka hari-hari dari 900hr hingga 1700hr kecuali hari selasa danJumaat 900hr hingga 1130hr dan 1430hr hingga 1700hr.

-Aqil

BlueBun berkata...

Sekarang,saya akan berkongsi tentang sekolah yang kami akan melawati,Sekolah Rendah Delima Satu.Sekolah ini kira-kira 9km dari Jalan Muara. Dibina pada tahun 1963,sekolah ini juga dibina sekali lagi pada tahun 1997 akibat kebakaran di dewan sekolahnya pada tahun 4 Mei 1994!Guru Besarnya bernama Hjh Rabea Hj Md Yusof.

Syakirah berkata...

Saya meminta maaf kerana ulasan saya lebih daripada 100 perkataan.

Makanan Brunei Darussalam:

Makanan Brunei hamper sama dengan makanan Malaysia dan negeri kami, Singapura. Brunei kaya dengan nasi dan mee. Brunei juga menjual makanan Cina, India dan Barat.

Sate ialah salah satu keenakan Brunei. Sate ialah daging lembu, ayam atau kambing yang dicucuk dengan lidi lalu dibarbeku. Sate berasal dari Indonesia. Sekarang, sate terkenal di seluruh selatan timur Asia dan di barat dan hampir-hampir restoran tempatan ada variasi sate di daftar makanan mereka. Ketupat juga dimakan dengan sate. Sate dan ketupat dicecah dengan sos kacang yang tidak terlalu berminyak dan warnanya harus berwarna coklat yang pekat.

Petai ialah kekacang yang berbau busuk. Biji-benih petai dididih dalam air. Ia dicampur dengan belacan, lada kisar, bawang dan perisa dan apabila sudah dimasak, ia dimakan dengan nasi sebagai sambal atau hidangan sampingan. Cikgu Sanisah suka hidangan ini!

Daging Masak Lada Hitam ialah kari daging yang lazat. Ia dimasak dengan lada, bawang, bawang putih, dan rempah ratus tradisional Melayu.

Udang Sambal Serai Bersantan ialah udang pedas yang diliputi dalam kari merah bersantan.

Serondeng Padang ialah hidangan ayam yang ada bawang, bawang putih, lada, santan dan keharuman daun pandan.

Ambuyat ialah sago. Ia dimakan dengan menggunakan penyepit makanan yang dibuat daripada buluh. Penyiepit makanan itu harus berputar di sekililing ambuyat. Ambuyat dicecah dengan sos yang masam dan pedas. Sos itu dibuat daripada buah-buahan tempatan dan cencalu.

Ayam Penyet ialah hidangan ayam goreng yang telah di penyekkan. Ada yang memanggilnya ‘Ayam Kemek’ kerana rupanya. Ia dihidangkan dengan sambal belacan. Salah satu restoran yang menghidang ayam penyet ialah Pondok Seri Mas Wani Satay Ala Jawa yang berhampiran dengan Masjid Sengkurong.

Harap ulasan saya berpengetahuan. Terima Kasih!

Tanpa Nama berkata...

Saya bersama Syafiqah, telah mendapat banyak maklumat tentang Masjid Sultan Bolkiah Hassanah.Fakta-fakta tentang masjid ini pun amat menarik!=)Saya tidak pernah lawat negara Brunei, tidak sabar saya tunggu pada hari yang sebenar!Sekian!
-Nurul Izzah

Tanpa Nama berkata...

Saya telah mencari maklumat tentang kampong ayer..
Kampong Ayer adalah sebuah perkampungan air yang didiami penduduk. Kampung ini terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Ia merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara.

-AQIL IRFAN

Tanpa Nama berkata...

SAYA TELAH MENCARI MAKLUMAT TENTANG ROYAL REGELIA.KAMI AKAN DI SANA SELAMA ENAM HARI.KAMI JUGA AKAN MAKAN DISANA.






-aqil irfan

Tanpa Nama berkata...

Saya membaca tentang Sawah Padi.Sawah Padi terletak di Kampong Wasan di Brunei.Sawah Padi itu sangat besar.
-Elly 5G

muhammad mirza berkata...

Nama saya Md Mirza. Sekarang saya akan memberitahu apa yang sepatutnya dibuat dan apa yang tidak sepatutnya dibuat di Brunei Darussalam.

• Kami tidak spatutnya menunjuk dengan jejari kami tetapi seharusnya menggunakan ibu jari tangan kanan kami dengan keempat jejari terlipat di bawahnya.
• Jika kami melawat masjid, perempuan harus menutup aurat mereka.
• Hadiah lagipun makanan harus diberi dengan menggunakn tangan kanan, walaupun ia boleh diterima dengan mengunakan tangan kiri mengampu pegelangan kanan kami
• Ia berbudi bahasa untuk menerima sedikit makanan dan minuman. Jika tidak mahu, ia berbudi bahasa untuk memegang pinggan dengan ringan menggunakan tangan kanan.

Saya berharap penerangan saya jelas.

Blog Nur Aisyah berkata...

Orang Melayu di negara Brunei:Penduduk Brunei terdiri daripada pelbagai golongan bangsa seperti Cina, Melayu, India dan Peranakan. Setiap bangsa mempunyai adat resam dan tradisi masing-masing. Tiap-tiap bangsa harus mengetahui serba sedikit adat resam bangsa lain supaya mereka dapat hidup dengan aman-damai disebabkan adanya persefahaman, tolak ansur dan hormat-menghormati antara satu-sama lain.

Orang Melayu di Brunei dan juga di seluruh dunia memang terkenal dengan adat resam dan budi pekerti yang halus. Menghormati ibu bapa dan orang-orang yang lebih tua daripada diri sendiri merupakan satu adat turun-temurun yang amat baik dan semestinya dikekalkan.

Bagi orang Melayu, tangan kanan adalah lebih mulia daripada tangan kiri. Oleh itu, mereka menggunakan tangan kanan untuk makan dan menghulurkan sesuatu barang dengan menggunakan tangan kanan. Sekiranya mereka terpaksa menggunakan tangan kiri untuk menghulurkan barang kerana tangan kanan mereka kotor atau luka dan sebagainya, mereka akan meletakkan tangan kanan ke atas kanan kiri sambil meminta maaf.

Di samping itu, orang Melayu mempunyai banyak pantang larang yang sesetengahnya masih dipegang hingga ke hari ini. Misalnya, orang Melayu sangat pantang jika ditunjukkan sesuatu dengan kaki. Ini dianggap sebagai satu perbuatan yang biadap. Orang Melayu juga akan berasa tersinggung jika tetamu yang datang ke rumah mereka masuk tanpa menanggalkan alas kaki seperti kasut. Juga, bagi mereka, kepala seseorang juga tidak boleh dipermainkan kerana kepala dianggap sebagai bahagian tubuh yang paling mulia.

Zuhairi berkata...

Bandar Seri Begawan adalah ibu kota di negara Brunei Darussalam. Ia terletak di bahagian utara negara Brunei Darussalam dan juga kota terbesar di sana. Di antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Bandar Seri Begawan adalah Kampung Ayer. Kampung Ayer adalah sebuah kawasan perumahan yang terletak di atas permukaan air Sungai Brunei. Kampung Ayer ini adalah kawasan perumahan di atas air yang terbesar di dunia dan telah wujud berabad lamanya. Ketika ini terdapat seramai 30,000 penduduk yang tinggal, bekerja, bertoko dan bersekolah di sana. Terdapat juga sebuah masjid di sana. Untuk memastikan infrastruktur yang kukuh di kawasan itu, semua rumah dan bangunan, serta tempat perlabuhan untuk kapal dihubungkan melalui sebuah labirin kayu. Jembatan-jembatan kecil di situ pula mebenarkankan perahu untuk lalu di kanal-kanal di bawah lorong tersebut.