Khamis, November 12, 2009

Hari Pertama Di Brunei Darussalam

Gambar berkumpulan di luar masjid

Masjid Jamae Asr' Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Cikgu Tuty dan Cikgu Idayu bergambar di dalam Bagunan Royal Regalia

Selamat tiba di Negara Brunei Darussalam

Makanan di dalam kapal terbang

Muka murid-murid di dalam kapal terbang

Gambar berkumpulan sebelum berangkat


Selamat kami tiba di Brunei Darussalam pada jam 1 tengah hari. Semua berjalan dengan lancar dan kami berasa sungguh ghairah sekali. Namun, terfikir juga tentang keluarga yang tersayang yang ditinggalkan. Ada yang menangis dan ada yang rasa pilu. Walau bagaimana pun, kami tetap gembira kerana diberi peluang untuk ke negara Brunei Darussalam.
Seperti yang dikatakan tadi, selepas kami tiba di lapangan terbang Brunei, kami dibawa ke hotel kami iaitu The Holiday Lodge. Boleh dikatakan setiap murid sedang seronok mengongsi bilik bersama kawan-kawan masing-masing. Selepas 'check-in', kami pun diberi panduan tentang perkara yang boleh kami lakukan di Brunei.
Acara pertama kami ialah kami melawat ke Royal Regalia, di mana Sultan Haji Hassanal Bolkiah mempamerkan hadiah-hadiah yang diterimanya daripada rakyat jelata dan juga pemimpin-pemimpin dunia.
Selepas itu, kami ke Masjid Jamae Asr' Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sungguh kagum kami dibuatnya kerana kehebatan masjid tersebut.
Setelah penat berjalan barulah kami makan malam di sebuah restoran dan kami dihidangkan dengan makanan yang lazat serta enak.
Seterusnya barulah kami diberi peluang untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah. Kami berasa amat gembira dan pulang pada jam 9.30 malam. Kami harus tidur pada jam 10.30 malam.
Selamat Malam!

13 ulasan:

Syazana berkata...

Saya amat gembira dapat pergi ke Brunei.Pada hari pertama,kami telah melawat banyak tempat-tempat di Brunei seperti Masjid Sultan Hassanah Bolkiah dan Royal Regalia.Makanan di Brunei juga tidak begitu berbeza dari makanan di Singapura.

Anisah berkata...

Saya berasa begitu seronok apabila tiba di Brunei. Tempatnya sungguh indah dan saya pasti tidak akan melupakannya. Saya juga telah melawat beberapa tempat seperti masjid Hassanal Bolkiah. lawah tempatnya. Yang paling saya nikmati ialah semasa saya pergi membeli-belah bersama kawan-kawan saya. Seronok sekali . . .

Kaiyisah berkata...

Saya amat mencintai keluarga saya dan rasa macam hendak balik ke Singapura. Tempat-tempat yang saya lawati amat menarik tetapi saya masih mahu balik ke Singapura kerana tiada tandingan dengan negara sendiri.

Nur Aisyah Lyana berkata...

Saya berasa ghairah kerana inilah kali pertama saya menaiki pesawat. Ini juga kali pertama saya menjejak kaki ke Brunei. Saya berasa asing di Brunei kerana penduduk di sini bercakap dengan bahasa Melayu yang agak asing bagi diri saya. Barulah saya tahu bahawa bahasa Melayu agak berbeza di Singapura jika dibandingkan di Brunei.

Aqil berkata...

Amboi! Brunei sungguh kaya ya! Saya sungguh kagum kerana terdapat lebih banyak kenderaan jika dibandingkan dengan penduduk di Brunei. Banyak benda yang dijual di Brunei agak murah jika dibandingkan dengan negara Singapura. Saya gembira dapat peluang untuk ke sini.

Zuhairi berkata...

Woo! Lawatan ke Brunei Darussalam amat seronok. Saya telah pelajari bahawa kedai-kedai di sini dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10.30 malam. Di antara aktiviti yang saya telah lakukan ialah melawat ke Royal Regalia dan Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Saya berasa seronok dapat berkongsi bilik dengan kawan sedarjah saya, Aqil.

ILyas berkata...

Saya berasa seronok dapat ke Brunei kerana ia satu negara yang tidak sesak dan tempatnya aman.

Mirza berkata...

Saya rasa sangat puas hati kerana di sini bersih dan aman. Semua orangnya peramah.

Syakirah berkata...

Saya amat merindui ibu bapa saya. Namun, saya gembira kerana dapat peluang melawat negara Brunei. Pengalaman menaiki pesawat amat menyeronokkan dan saya gembira dapat tinggal sebilik dengan kawan baik saya, Kaiyisah.

Adilah berkata...

Saya rasa amat bersyukur kerana saya dapat menaiki kapal terbang. Inilah kali pertama saya menaiki kapal terbang. Saya berasa gembira dapat melawat tempat-tempat di Brunei yang sungguh menakjubkan. Terutama sekali bangunan yang diselaputi emas tulen.

Mr Teo berkata...

I am sure the pupils will agree with me that we are having an enriching and informative experience on the first 2 days of our Brunei Trip. To me, the visit to Royal Regalia was an eye opener and today, our visit to the Ambulong Factory (will let Mdm Tuty post the info and the photos) was a 'you can't believe it' experience, at least for me.
All pupils and staff are well and safe. The pupils have also contacted their parents on Day 1.
Good Nite.

Badrolhaizat berkata...

Hari ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat murid-murid serta guru-guru. Selain daripada dapat melihat sendiri cara kehidupan orang Brunei, kami juga dapat melihat dengan lebih dekat tempat tinggal kampung air yang terkenal. Kemesraan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh penduduk di sini benar-benar membuat kami berasa bahawa kedatangan kami amat dihargai.

Nur Idayu berkata...

Wow! Saya jejak Negara Brunei! Itulah ayat pertama yang saya ucapkan ketika sampai sahaja di Brunei. Saya berasa sungguh ghairah untuk lawatan ini. Penduduk di Brunei amat peramah dan sungguh bersopan santun. Lawatan ke Kampong Ayer dan juga Royal Regalia amat membuka minda saya kerana di sana saya pelajari cara kehidupan penduduk Brunei dan juga sejarah Brunei.